3 Isteri masih tak puas
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 10 December 2013 | 20:05
Hulu Klang – Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks, menurut sumber Hmetro.
Share this article :
Related Articles
- Kakak Bella direman kerana isu 'live' di TikTok
- Kastam rampas 6 juta batang rokok bernilai lebih RM4 juta
- Dua beranak Rohingya cedera dibakar
- DUN Kelantan lulus usul gubal semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah terbatal
- Long Tiger dipenjara 12 bulan
- Eksekutif GLC ditangkap dakwaan rasuah projek jalur lebar
Labels:
Jenayah