SHAH ALAM - Sementelah isu muzakarah Pas dan Umno terus menjadi hangat tanpa tahu penghujungnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengulangi kesediaannya untuk berdialog dengan kerajaan BN.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Anwar turut memetik kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno 2013 yang membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mana-mana parti termasuk Pas.
"...parti ini (Umno) tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik."
Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, PKR sentiasa mengambil sikap terbuka seperti yang diputuskan sebelum ini.
"PR pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan BN dan ini seiring dengan kenyataan Najib dalam ucapan dasar beliau, semalam.
"Jadi kita ulangi pendirian, kita sentiasa terbuka untuk berdialog dengan BN," katanya.
Semalam, portal berita AntaraPos melaporkan Najib sekali lagi menghulurkan tangan persahabatan kepada Pas dan parti politik lain namun menegaskan Umno tidak perlu “apologetik” dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, walaupun dicemuh pembangkang.
“Walau kita dicemuh, walau kita disindir, walau Umno dibentak-bentak namun parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik demi, melihat umat Islam kembali bersatu,” ujar Najib.
Dalam pada itu, Umno, tegas Najib lagi tidak akan "bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa," dan "menggesa akar umbi parti untuk terus yakin bahawa kita berada di landasan yang benar dan betul".
--Sinar
Anwar ulangi kesediaan muzakarah bersama BN
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 6 December 2013 | 04:23
Share this article :
Related Articles
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
- Terkini ‘Najib bebas, tunggu Lembaga Pengampunan’
- Lokman Adam kena 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
Labels:
Politik