Home » » Cakaran wanita Afrika

Cakaran wanita Afrika

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 12 December 2013 | 23:18



Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki dan wanita warga Nigeria bertindak ganas ketika cuba ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen di beberapa gerai tepi jalan di Desa Aman Puri, Kepong, di sini malam kelmarin.

Difahamkan, seorang pegawai imigresen turut cedera ringan akibat dicakar seorang wanita warga berkenaan ketika hendak ditahan.
(Gambar atas sekadar hiasan)
Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam itu, gerai tepi jalan yang menjadi markas warga asing terbabit melepak diserbu secara serentak sebelum menahan 20 orang.

“Seramai 18 daripada mereka termasuk tujuh wanita adalah dari Nigeria, seorang wanita dari Ghana manakala seorang lagi lelaki warga Bangladesh. Semua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun.

“Ketika diserbu, ada antara mereka yang bertempiaran lari, jatuh ke dalam longkang malah ada yang cuba merempuh dan bergelut dengan pegawai imigresen yang cuba menahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, gerai tepi jalan di kawasan itu dimonopoli kumpulan Awang Hitam berkenaan hingga rakyat tempatan takut untuk mengunjunginya.

“Kebanyakan mereka mengaku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berdekatan, namun kami akan menyiasat kesahihan status mereka itu.

“Semua mereka dibawa ke Depot Imigresen Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 ( 3 ) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56 (1) (i) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger