Home » » Dua sungai di paras bahaya

Dua sungai di paras bahaya

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 3 December 2013 | 20:52


SENAI - Dua sungai utama di negeri ini, dilaporkan berada pada paras bahaya membabitkan Sungai Muar dan Sungai Batu Pahat apabila bacaan paras air melebihi tahap normal yang ditetapkan.

Menurut portal info banjir, bacaan air oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) bagi Sungai Muar di stesen Kampung Awat sehingga jam 5 petang, semalam, mencecah 20.09 meter melebihi paras normal  19.95 meter.

Manakala, bacaan Sungai Batu Pahat di stesen Sungai Lenik, Ladang Chaah mencatat bacaan 6.17 meter melebihi paras normal 6.00 meter.

Sementara itu, bacaan Sungai Muar di stesen Buloh Kasap berada di peringkat jingga apabila bacaan paras air mencecah 8.60 meter berbanding paras normal 9.14 meter.

Orang ramai digalakkan menyimpan nombor perhubungan penting dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Penduduk khususnya yang berada di kawasan rendah diminta sentiasa bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sekiranya kediaman dinaiki air.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir serta menyimpan dokumen penting dalam bekas di tempat tinggi selain mudah diambil jika perlu berpindah.

Sebagai persediaan, orang ramai turut digalakkan menyediakan barangan keperluan asas untuk berpindah dan menyimpan air bersih dalam botol untuk memasak dan minum.
--Sharian
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger