Home » , » Gambar Gambar Terminal Sentral Kuantan Lumpuh Gara-Gara Banjir !!

Gambar Gambar Terminal Sentral Kuantan Lumpuh Gara-Gara Banjir !!

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 05:12


 KUANTAN, 3 Nov - Terminal Sentral Kuantan (TBS) yang menjadi nadi kepada pengangkutan awam dari bandar ini ke seluruh negara, lumpuh sama sekali akibat banjir yang melanda hari ini. Tinjauan krew PDO mendapati, tingkat bawah TBS yang menempatkan ruang berlepas (departure) ditenggelami air hampir satu meter akibat hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak awal pagi tadi. Turun terlibat ialah pejabat TBS sendiri, gerai-gerai jualan, kiosk dan termasuk juga beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir dis itu. Terminal bas yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak itu mula beroperasi menjelang Hari Raya Aidil Fitri lalu. Tambah parah lagi air yang datang turut meruntuhkan tembok yang terpampang nama Terminal Sentral Kuantan. Apapun, kaunter jualan tiket masih beroperasi seperti biasa di tingkat ataa. Manakala semua penumpang berlepas di tingkat atas selepas ruang di bahagian bawah ditenggelami air. Mujurlah tiada penumpang yang mendapat kecelakaan akibat bencana alam yang melanda itu sebenarnya.

Papan tanda Terminal Sentral Kuantan telah runtuh menyembah bumi
Hari ini, air banjir melumpuhkan sama sekali operasi bas di tingkat bawah
Terminal Sentral Kuantan ditengalami air akibat hujan yang lebat hari ini
Banyak kenderaan awam tersadai ditenggalami air dan gagal diselamatkan
Hanya tinggal bumbung kenderaan sahaja yang kelihatan dari tingkat atas
Terpaksa juga menarik kereta yang sudah pun menjadi seperti sampan

[Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Bandar Indera Mahkota dengan keluasan 2,070 kaki persegi dijangka memulakan operasinya esok (1 Ogos 2013). Terminal yang menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai. Terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur yang dijadikan UTC Pahang bulan April lalu. Selain mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) terdapat juga kaunter-kaunter khas untuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lain-lain agensi berkaitan. Apa yang berlaku kepada TSK hari ini amat mengejutkan ramai pihak itu  sebenarnya].
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger