Home » » Jangan percaya khabar angin media sosial

Jangan percaya khabar angin media sosial

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 4 December 2013 | 21:25


KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan supaya hanya mempercayai dan mengguna pakai maklumat mengenai banjir yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa melalui media yang sah sahaja.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka tidak sepatutnya mempercayai khabar angin yang tersebar di laman Facebook, Blog dan mesej 'Whatsapp'.

"Kita seharusnya mendapatkan laporan daripada pihak berkuasa kerana biasalah, orang yang ingin menimbulkan kekecohan akan menimbulkan berita-berita yang tidak benar, seperti kononnya banjir ini disebabkan pelepasan air di Empangan Kenyir dan sebagainya hingga menyebabkan penduduk panik.

"Kami telah menemu bual pihak berkuasa Kenyir dan difahamkan tidak ada sebarang pelepasan air yang dibuat dan saya harap masyarakat di luar harus berhati-hati dan hanya mengguna pakai maklumat yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya selepas melawat Pusat Gerakan Banjir di Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu lewat malam tadi.

Beberapa hari lalu, orang ramai cemas apabila kononnya Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Kobat di Pahang akan melepaskan air secara berperingkat seperti yang disebarkan melalui media sosial.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger