Home » » Mangsa peragut berkereta

Mangsa peragut berkereta

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 18 December 2013 | 17:50

Kuala Terengganu – Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.
Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.
Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.
“Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut, menurut sumber Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger