Home » » Mangsa tak pernah jumpa remaja lelaki - Kes Bunuh Noor Syafikah Nadia

Mangsa tak pernah jumpa remaja lelaki - Kes Bunuh Noor Syafikah Nadia

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 22:00


Alor Setar: Hubungan remaja lelaki 16 tahun dari Arau, Perlis, dengan mangsa bunuh, Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, menimbulkan tanda tanya kerana mangsa dikatakan tidak pernah bertemu lelaki itu.

Perkara itu diakui sendiri bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51.
Beliau yakin Noor Syafikah tidak mempunyai hubungan intim dengan remaja lelaki itu dan sekadar mengenalinya dari jauh.

Selain Mazlan, anaknya yang juga sepupu mangsa, Nor Atikah, 15, dan rakan karib Noor Syafikah, Nurul Atiqah Mohd Syukri, 11, turut mengaku tidak pernah mendengar gadis malang itu bercerita mengenai teman lelakinya.

Mazlan yang ditemui semalam berkata, sepanjang pengetahuannya, Noor Syafikah tidak pernah berkunjung ke Perlis.

“Saya tidak tahu mengenai hubungan mereka... saya cuma sedar kewujudan remaja lelaki itu selepas meneliti kandungan telefon bimbit Noor Syafikah yang ditinggalkan di rumah pada pagi Sabtu lalu, sebelum dia ditemui mati di Alor Senibong di sini.

“Saya lihat ada mesej antara mereka, tetapi saya tidak baca secara terperinci kerana ia hanya perbualan antara budak-budak saja,” katanya.
Kelmarin, polis mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun disyaki kenalan Noor Syafikah, ditahan di Arau, untuk membantu siasatan kes bunuh tiga beradik yang mayat mereka ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini, pada Sabtu dan Ahad lalu.
--Bharian
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger