Home » » Model Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat

Model Hilang Selepas Ternampak 'Hantu' Ditemui Selamat

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 12 December 2013 | 20:33


PETALING JAYA: Kecoh di laman sosial Facebook mengenai berita seorang model berusia 23 tahun didakwa menghilangkan diri selepas dia ternampak 'hantu' di kondominiumnya.

Ibu mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mengesahkan anaknya Germaine Ong berada dalam keadaan selamat.

Ong, yang enggan mengulas lanjut bagaimana anaknya hilang berkata ia melibatkan 'masalah peribadi'.

"Dia sudah berada di sini sekarang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut posting di Facebook, Germaine menghilangkan diri selepas dia masuk ke kondominium yang disewanya.

Satu lagi posting mendakwa Germaine dikatakan bercakap dengan dinding batu tempat dia tinggal sepanjang hari.

"Dia kata sekiranya dia mati keesokan hari, bermaksud 'hantu' telah makan dirinya," dakwa posting tersebut.

Ibu bapa kepada rakan Germaine, yang dikenali sebagai Melvin berkata kali terakhir dia melihat mangsa di Empire Soho pada pukul 1 petang Selasa lalu.

Kereta mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta kondominium berkenaan dan dia dipercayai berjalan keluar daripada rumahnya tanpa menaiki kereta.
--mstar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger