Panas: "Manifesto Palsu", Wakil Rakyat PKR Di Kritik !!
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 4 December 2013 | 23:46
KUANTAN, 5 Dis - Gara-gara manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 yang berbunyi "Selesaikan Masalah Banjir Di Kuantan", hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Semambu, Lee Chean Chung diserang bertalu-talu di laman sembang sosial faceook. Ramai dikalangan mereka mengatakan Chean Chung membuat "Manifesto Palsu" semata-mata untuk menagih simpati rakyat agar mengundi beliau. Chean Chung menang di kerusi DUN Semambu dengan majoriti besar menewaskan Pang Tsu Ming (BN) dan calon bebas Mohd Shukri Mohd Ramli. Mereka menganggap janji-janji Chean Chung itu palsu dan telah menipu rakyat yang memilihkan. "Persoalannya, apakah wajar wakil rakyat terbabit membuat satu manifesto yang memang sukar untuk dilakukan hatta oleh kerajaan UMNO BN sendiri?. Bukankah banjir itu adalah takdir Allah dan kenapa mahu bercakap untuk selesaikan.. Sekarang cubaah selesaikan?. Kalau setakat ambil gambar kemudian masuk facebook.. dalam air pun tak turun.. ramai pihak boleh berbuat demikian", kata seorang pengundi beliau di Cenderawasih semalam. Ternyata, bunting yang digunakan oleh Chean Chung kini memakan diri. Beliau juga kini telah digantung oleh DUN Pahang gara-gara tidak mahu menarik semula kenyataan "Bajet Palsu" yang dibuat terhadap Menteri Besar Pahang baru-baru ini. Kini "Manifesto Palsu" mula menghantui wakil rakyat itu. Apapun, berhati-hati membuat manifesto untuk "memancing undi" selepas ini agar ia tidak dituntut oleh rakyat di kemudian hari.
--Pahangdaily
Share this article :
Labels:
Politik