PENCACAI PR MULA GELISAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BERLANGSUNG....
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 3 December 2013 | 10:37
Bukan main suka lagi ya puak puak pas ni memaki hamum. lepas maki hamum ustaz kazim maki hamum orang lain pulak. cuma satu perkara yang aku nak tanya, dalam islam di ajar ke maki hamum orang dengan panggilan babi, anjing, kera dan sebagai nya? rasa rasa dalam islam semua tu tak di ajarkan? PAS adalah sinkatan nama "PARTI ISLAM SEMALAYSIA" Jika nama parti islam mestilah orang islam yang jadi ahli parti tu kan? so jika orang islam adakah ajaran islam ajar memaki hamum sesuka hati sesedap apa yang keluar dari mulut?
Kesian pulak aku tengok bila pencacai pakatan dah mula gelisah apabila UMNO mengadakan himpunan Agung yang akan berlangsung pada 5 disember nanti dan malam ini majlis perasmian mesyuarat sayap parti akan diadakan di PWTC.
Seperti yang telah dijangka, akan ada perkataan perkataan seperti anjing dan sebagainya akan dilemparkan kepada pengikut UMNO oleh sibertrooper atau pebjilat tegar pakatan ini sama sepertimana yang berlaku ke atas Ustaz Kazem Elias.
Mungkin ajaran daripada pakatan pembangkang supaya perkataan perkataan tidak bertamadun ini dilemparkan dan mungkin juga ianya adalah kerana kegagalan pemimpin mereka (PR) yang tidak tahu bagaimana mengajar para pengikut dalam berbahasa.
Tapi hairan juga kenapa beriya sangat pencacai pencacai pakatan pembangkang ni nak ambil tahu tentang perhimpunan Agung UMNO? Sedangkan perhimpunan PAS baru baru ini telah menyaksikan kepincangan dalam pemilihan hingga terpaksa dibuat sekali lagi?
Dan kenapa tidak di anjingkan sahaja Mustafa Ali yang panjat mak janda dalam hotel hari tu?
Jadi disini aku nampak, pengikut atau parti seperti PAS, PKR dan DAP memang tidak ada kelas langsung untuk menjadi pentadbir kerana sikap yang bukan sahaja biadap, malah mengatakan betul kepada benda yang salah -Satu yang perlu di ingatkan soal kafir menuduh seseorang itu kafir dan sebagai nya, kita tak ada hak nak tuduh gitu, tu kerja allah SWT. hanya allah sahaja yang layak nak mengkategori hamba nya dalam golongan apa sama ada kategori kafir atau tidak. ingat dengan sedikit je tesalah ayat tersilap langkah punah aqidah kita.setahu aku orang umno bn pun sembahyang jugak,sama sama membaca al fatihah.sama sama mengucap 2kalimah syahadah,sama sama naik haji, sama sama ahli sunnah Waljamaah sama sama sembah allah swt.sama sama baca quran sama sama berpuasa.
Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)
-TPO - Terengganupostonlien.com
Share this article :
Labels:
Politik