Home » » Penemuan seluar tiada kaitan suspek - kes bunuh Nor Syafikah Nadia Rusdi,

Penemuan seluar tiada kaitan suspek - kes bunuh Nor Syafikah Nadia Rusdi,

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 20:14


ALOR SETAR - Persoalan mengenai sehelai seluar berdekatan lokasi seorang daripada tiga beradik perempuan yang ditemui mati di tepi sawah Alor Senibong, di sini, Sabtu lalu terjawab.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, penemuan seluar itu tidak ada kena mengena dengan insiden pembunuhan, Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14.

“Seluar itu adalah milik orang lain dan ia tidak ada kena mengena dengan suspek ataupun individu yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, polis memberitahu telah menjumpai sehelai seluar hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu adalah milik salah seorang mangsa atau sebaliknya.

Polis juga akan meminta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Adzaman berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat dan mengumpul keterangan daripada seorang pelajar berusia 16 tahun yang ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini kita belum buat tangkapan baharu kepada mana-mana individu lain. Kita masih sedang menyiasat dan mendapatkan keterangan daripada pelajar yang ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis telah menahan pelajar berkenaan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira jam 11.30 malam.

Pelajar berkenaan direman empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan  membunuh).

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Akhirnya, misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu terjawab apabila kesemua mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusid Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40, Nor Syafikah Nadia, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang pada Sabtu.

Sementara dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam tiga petang dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini.
--Sharian
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger