Home » » Pos Malaysia Minta Awasi Edaran Setem Tiruan

Pos Malaysia Minta Awasi Edaran Setem Tiruan

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 06:10


KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak menyedari kewujudan setem palsu di pasaran sedangkan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) berkata pihaknya setakat ini telah merampas lebih 50,000 keping setem palsu.

Sehubungan itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan tersebut Datuk Iskandar Mizal Mahmood mengingatkan orang ramai agar tidak membeli, menjual atau menggunakan setem tiruan yang didapati diedar dan dijual di pasaran.

"Kita perlu pastikan kita membeli setem dari saluran Pos Malaysia, Pejabat Pos Bergerak atau penjual setem Pos Malaysia yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak Pos Malaysia telah menyiasat kemungkinan wujud rangkaian pemalsuan setem dan telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis mengenai perkara itu.

Ia bertujuan untuk menyiasat kemungkinan rangkaian tersebut yang terbabit dalam penjualan setem paslu aktif di sekitar Lembah Klang, katanya.

Iskandar Mizal berkata mengeluar, mengedar dan menjual setem tiruan adalah berupa kesalahan di bawah Seksyen 65 Akta Perkhidmatan Pos 2012 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diminta memaklumkan aktiviti pengeluaran, pengedaran danpenjualan setem palsu kepada sebarang saluran Pos Malaysia atau melalui e-mel dicare@pos.com.my atau akauan facebook Pos Malaysia Berhad. - BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger