Home » » Selesaikan dengan cara aman atau keganasan?? :

Selesaikan dengan cara aman atau keganasan?? :

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 3 December 2013 | 02:13


KUALA LUMPUR: Protes anti kerajaan di Bangkok, Thailand masih berterusan semenjak kejadian yang sama berlaku pada 2010 yang menyaksikan pertumpahan darah yang dahsyat telah berlaku.

Pada Ahad, dalam kejadian yang digelar sebagai Kudeta Rakyat, polis telah menggunakan meriam dan gas pemedih mata bagi menghalang mereka memasuki Rumah Kerajaan.

Sejak minggu lalu, lebih empat telah terbunuh sementara berpuluh lagi cedera berikutan siri protes tersebut.

Para penunjuk perasaan mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk meletak jawatan. Dan dilaporkan beliau pun telah dibawa ke tempat yang selamat untuk disembunyikan.

Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, masa depan negara tersebut masih samar-samar.

Seorang wartawan tempatan Thailand yang berada di lokasi sejak minggu lalu, meramalkan bahawa krisis di negara itu hanya boleh diselesaikan dengan dua cara, iaitu melalui keganasan ataupun keamanan.

Bercakap kepada Astro AWANI, wartawan Nation Channel, Noppatjak Attanon berkata meskipun kemelut itu merupakan yang paling teruk sejak 15 tahun dahulu, tetapi ia mampu diselesaikan dengan cara dialog dan perbincangan.

Katanya pihak yang berkecuali boleh menjadi orang tengah ataupun penganjur kepada perbincangan di antara kedua-dua pihak yang pro-kerajaan dan anti-kerajaan.

Katanya lagi jika melalui perbicangan tak juga dapat diselesaikan... ia bakal menyaksikan lebih banyak keganasan serta pertumpahan darah.


Tambahnya, jika jalan perbincangan tidak dapat menyelesaikannya, jalan yang seterusnya ialah melalui keganasan.

Berikut merupakan sedutan dari temubual dengan wartawan tersebut:

Selain dari rang undang-undang yang membolehkan Thaksin pulang ke Thailand, apakah sebab lain protes ini? Atau ia seperti yang diperkatakan ramai, iaitu semuanya berkait dengan Thaksin?
Noppatjak: Tentunya tidak. Ada banyak faktor yang menyumbang ke arah kemelut politik yang sedang berlaku ini. Saya tidak pasti jika anda padamkan Thaksin dari gambar, ia mungkin mencetuskan banyak lagi masalah. Ada juga kemungkinan orang baru akan menggantikan Thaksin. Ya, beliau memang satu masalah yang besar, tetapi ia bukan hanya berkisar tentang dirinya.

Mengapa anda berperasaan begitu?
Noppatjak: Saya tidak dapat menjawab dengan tepat. Saya telah berada di lokasi selama 10 hari, dan bersemuka dengan penunjuk perasaan di jalanan. Tetapi saya tidak menganalisis dengan secukupnya.

Bagaimanakah situasi di akar umbi? Tidakkah mereka penat dengan semua ini?
Noppatjak: Tidak, mereka tidak penat. Mereka masih terlalu marah dengan kerajaan; mereka masih ingin terus menentang. Tidak kira apa pengumuman atau reaksi, mereka masih bersama-sama menyokong Suthep Thaugsuban iaitu ketua kumpulan penunjuk perasaan.

Sejauh mana mereka terpisah? Adakah kumpulan baju kuning dan merah bergitu ketara sekarang?
Noppatjak: Di jalanan, kebanyakan dari mereka menentang kerajaan. Mereka di sana untuk menyertai protes tersebut. Meskipun ramai dari kalangan kumpulan baju merah (yang menyokong kerajaan) muncul pada minggu lalu, tetapi hari ini mereka telah pun berhenti dari membuat protes. Kebanyakan dari mereka telah beralih ke media sosial dan internet untuk menyuarakan pendapat mereka. Ada juga yang anya duduk di rumah.

Apa yang dijangka akan berlaku seterusnya? Adakah ia akan selesai dengan sendirinya? Adakah akan ada pilihan lain?
Noppatjak: Ia bergantung. Pada asasnya, keganasan mungkin akan tercetus melalui lebih banyak pendedahan kerajaan, atau mungkin akan wujud pihak ketiga mencetuskan lebih banyak keganasan. Pilihan kedua ialah melalui dialog... mungkin mereka yang berkecuali boleh meredakan keadaan dan berbincang dengan Yingluch dan Shutep.

Jadi anda kata secara ringkasnya ada dua jalan, iaitu samada keganasan dan keamanan?
Noppatjak: Ya, itu secara rringkasnya. Hanya ada dua jalan yang boleh menghentikan situasi ini.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 03, 2013 07:23 (MYT)
--Astro Awani
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger