Home » , » Terkini Banjir Di Terengganu Semakin Buruk - 452 mangsa banjir dipindahkan ke Kemaman pagi ini

Terkini Banjir Di Terengganu Semakin Buruk - 452 mangsa banjir dipindahkan ke Kemaman pagi ini

Written By Berita Setiap Hari on Monday 2 December 2013 | 20:41


KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir dipindahkan hari ini meningkat kepada 452 orang berbanding 20 mangsa petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), sehingga pukul 10 pagi,

sebanyak 121 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di daerah ini.
(Gambar Hiasan)
Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan

sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.

Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.

Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan. - Bernama

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger