Home » , » Terkini - Banjir makin teruk di beberapa buah negeri

Terkini - Banjir makin teruk di beberapa buah negeri

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 01:55


KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda dua negeri iaitu Johor dan Pahang semakin meruncing apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat masing-masing seramai 5,659 dan 5,393 orang setakat
3 petang tadi, menurut laman Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara.

Sebelum itu seramai 4,765 mangsa dipindahkan di Johor manakala Pahang seramai kira-kira 5,000 orang.

Bagaimanapun, mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 229 berbanding 803 orang pada jam 1 petang.

Sebanyak 1,251 keluarga di Johor membabitkan daerah Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Muar kini ditempatkan di 42 pusat pemindahan banjir manakala di Pahang, 1,413 keluarga ditempatkan di 46 pusat pemindahan membabitkan daerah Kuantan, Maran, Pekan dan Rompin.

Jabatan Meteorologi Malaysia pagi tadi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sepanjang hari ini.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger