Home » » ‘Tonton dan tiru’ setiap bilik video lucah

‘Tonton dan tiru’ setiap bilik video lucah

Written By Berita Setiap Hari on Friday 13 December 2013 | 23:29



Ipoh – Semakin kerap pihak berkuasa melakukan pembanterasan, semakin licik pengusaha pusat maksiat di sini cuba menyembunyikan kegiatan mereka, namun pada masa sama tetap mampu menarik kehadiran lelaki hidung belang.
Antara taktik dilakukan ialah beroperasi di premis yang secara luaran dilihat tidak ubah seperti kedai kopi, namun di bahagian dalam disediakan deretan bilik untuk aktiviti pelacuran.
Lebih mengejutkan, selain menyediakan pelayan wanita yang sedia memberi khidmat seks, setiap bilik di dalam kedai kopi itu turut dilengkapi televisyen LCD 32 inci untuk menayangkan video lucah kepada pelanggan.
Konsep ‘tonton dan tiru’ itu dipercayai ditiru kaedah digunakan pusat pelacuran di Hatyai dan Danok, Thailand dan pelayan yang disediakan turut membabitkan warga negara itu, selain wanita Vietnam serta tempatan.
Penyamaran wartawan Harian Metro ke dalam premis berkenaan yang pernah beberapa kali diserbu polis mendapati suasana di dalam agak gelap dan ia dipecahkan kepada tiga bahagian atau ruangan untuk mengelak kegiatan maksiat dihidu pihak berkuasa, menurut sumber Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger