Home » » Wan Nor Azlin diarah bayar bapa RM8,220

Wan Nor Azlin diarah bayar bapa RM8,220

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 7 December 2013 | 23:39

Kuala Lumpur – Pelakon Wan Nor Azlin diperintahkan Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM8,220 kepada bapanya, Wan Mohd Husain Wan Ibrahim.
Ia berikutan kerugian dialami Wan Mohd Hussain selepas timbul masalah untuk menjual rumah harta sepencarian bersama arwah isterinya di Taman Sri Keramat.
Hakim, Rosilah Yop membuat perintah berkenaan dalam kamar beliau ,di sini, semalam, pada prosiding keputusan taksiran ganti rugi yang dipohon Wan Mohd Husain.
Pihak yang hadir dalam prosiding itu ialah peguam Wan Nor Azlin, Rozila Rashid dan Nuraini Atiqah Abdul Aziz bagi pihak Wan Mohd Husain.
Nuraini Atiqah ketika ditemui, berkata, hakim memerintahkan Wan Nor Azlin membayar RM220 bagi ganti rugi kaveat (sekatan) dan sebanyak RM8,000 bagi kos.
Tolak tuntutan
Beliau berkata, mahkamah menolak tuntutan balas pelakon itu yang menuntut sejumlah RM64,000 yang didakwa dibelanjakan untuk membaiki kerosakan dan menambah baik peralatan dalam rumah berkenaan.
Wan Mohd Husain dalam permohonan bagi menuntut ganti rugi, berkata tindakan anaknya menukar kunci pintu dan membuang kelengkapan dalam rumah itu sebelum berpindah keluar pada Ogos lalu, menyebabkan dia tidak dapat menikmati hak sebagai pemilik berdaftar rumah berkenaan.
Tuntutan kosongkan rumah
Sebelum ini, Wan Mohd Husain mengemukakan tuntutan meminta Wan Nor Azlin mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah isterinya itu.
Bagaimanapun, beliau sudah menarik balik kes berkenaan, menurut sumber Berita Harian.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger