Home » » DAP Menentang ‘Kerajaan Islam’ Di Selangor – Khalid Ibrahim

DAP Menentang ‘Kerajaan Islam’ Di Selangor – Khalid Ibrahim

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 7 August 2014 | 22:56


Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam ini menuduh DAP sebagai menentang “kerajaan Islam adil dan amanah” pimpinan beliau selepas parti itu dikatakan akur dengan keputusan PKR mahukan Khalid berundur.

“Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggung jawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor,” kata Menteri Besar itu.

“Saya buktikan (pimpinan Islam) ….., walaupun DAP kata kita tak betul malah kerajaan yang dipimpin Islam tak amanah dan tipu,” kata Khalid di majlis Solat Hajat Perdana di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Khalid berkata walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, ” hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka,” katanya di majlis berkenaan yang bertemakan “Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah” di sini,

Ini kali pertama Khalid “menyerang” DAP secara terbuka dan menggunakan sentimen anti-Islam terhadap parti itu sejak kemelut mengenai kedudukannya sebagai menteri besar tercetus.

Serangan politik itu dibuat susulan keputusan DAP menyokong tindakan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

PKR mendakwa Khalid tidak lagi berwibawa memegang jawatan itu dan MB itu kini berhadapan tindakan displin termasuk kemungkinan dipecat daripada parti yang disertainya tujuh tahun lalu.
SUMBER

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger