Home » » PENYOKONG PAKATAN ANGGAP HARI KEMERDEKAAN SEBAGAI HARI MALAPETAKA

PENYOKONG PAKATAN ANGGAP HARI KEMERDEKAAN SEBAGAI HARI MALAPETAKA

Written By Berita Setiap Hari on Friday 29 August 2014 | 10:52


KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dilihat salah satu signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di hati seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun ada segelintir penyokong Pakatan Rakyat menganggap sejarah kemerdekaan negara ini hanyalah satu alat pembohongan yang kerap kali dicanang setiap tahun.

Melalui aktivis terkenal pembangkang, Hishammuddin Rais atau lebih dikenali dengan nama Tukar Tiub di kalangan penggiat blogger dalam satu entrinya semalam telah menggelar bahawa hari kemerdekaan negara sebenarnya adalah hari malapetaka bagi seluruh rakyat di negara ini. Beliau melalui tulisannya itu dilihat cuba menyampaikan perasaan gembiranya jika rakyat tidak menyambut peristiwa bersejarah itu disamping mahu sambutan tahun ini diboikot oleh semua penyokong Pakatan Rakyat.

Hishammuddin Rais turut menggelarkan Jalur Gemilang sebagai Jalur Temberang dalam entrinya itu kerana difahamkan beliau dan para pengikutnya sebelum ini cuba menggerakkan ideologi dan budaya hasutan bahawa bendera Sang Saka yang menyerupai bendera Singapura tetapi mempunya bintang kecil sebagai bendera sebenar tanah Melayu.

Beliau yang dilihat berpegang kepada ideologi Sosialisme aliran Karl Marx sebelum ini kerap kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan juga kritikan pedas yang keterlaluan sehingga menjatuhkan maruah pihak yang dikritiknya itu sepertimana yang berlaku di dalam forum berkenaan krisis MB Selangor baru-baru ini.

Dalam forum itu, beliau dikecam hebat oleh peserta forum ‘Krisis MB Selangor’ apabila mengeluarkan kenyataan menghina kaum wanita yang didakwa Faekah Husin dalam forum tersebut. Dalam kenyataan itu beliau dengan lantangnya menggelar bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’sehingga menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin wanita Pakatan Rakyat.

utaranews
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger