Home » » Sultan arah kemuka lebih daripada dua calon MB baharu

Sultan arah kemuka lebih daripada dua calon MB baharu

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 26 August 2014 | 02:25


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan hasrat untuk meletakkan jawatannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila Sultan Sharafuddin memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatannya.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa penangguhan ini adalah sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicaramutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” kata Abdul Khalid yang membacakan kenyataan dari Sultan Sharafuddin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sultan-tangguh-peletakan-jawatan-khalid-arah-setiap-parti-kemuka-dua-calon-baru-42609?cp
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger