Home » » Trauma insiden MH370 dan MH17, hampir 200 kru MAS letak jawatan

Trauma insiden MH370 dan MH17, hampir 200 kru MAS letak jawatan

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 26 August 2014 | 00:51


KUALA LUMPUR: Hampir 200 kru penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS) meletakkan jawatan terutamanya selepas tragedi berganda melibatkan MH17 dan MH370.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) Abdul Malek Arif berkata, kini hanya tinggal kira-kira 3,000 kakitangan kru penerbangan yang tinggal.

“Sebahagiannya takut untuk terbang. Tiada apa yang boleh kita lakukan ekoran perkara ini.

"Mereka jadi semakin takut dan kami berharap apabila masa berlaku mereka akan kembali normal,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, MAS berkata, jumlah keseluruhan peletakan jawatan daripada Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 186 dan bukannya 500 seperti didakwa.

“Ekoran insiden MH17, terjadi peletakan jawatan mendadak anak kapal, tetapi bilangannya kini menurun ke tahap rutin.”

“Ramai menyebut mereka meletakkan jawatan kerana tekanan keluarga ekoran tragedi MH17 dan MH370.

“Setakat ini, kadar peletakan jawatan di MAS kurang lima peratus, iaitu di bawah norma industri,” menurutnya kenyataan itu lagi. - Reuters
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger