Home » » G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17

G20: Amerika Syarikat, Australia, Jepun bidas Rusia dalam isu MH17

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 15 November 2014 | 21:47


BRISBANE: Amerika Syarikat, Australia dan Jepun membidas Rusia serta menggesanya agar menghentikan campur tangan dalam isu Ukraine.

Ketiga-tiga negara itu juga turut menuntut keadilan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia.

Pemimpin ketiga-tiga negara itu berkata mereka bersatu di dalam "menentang penaklukan Crimea dan tindakan yang menjejaskan kestabilan timur Ukraine.

Mereka juga menuntut dalang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Seruan itu dibuat di dalam satu kenyataan selepas perbincangan tiga penjuru antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika sidang kemuncak G20 di Australia.

Sidang kemuncak itu dihujani pertikaian antara pemimpin Barat termasuk Obama dan Abbott dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung isu Ukraine dan tragedi MH17 pada Julai.

Pihak Barat mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.

Pihak Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Ekoran pertelingkahan itu, Putin dilapor merancang untuk meninggalkan sidang kemuncak G20 lebih awal pada Ahad, namun dinafikan Kremlin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/g20-amerika-syarikat-australia-jepun-bidas-rusia-dalam-isu-mh17-48493?cp
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger