Home » » “Saya Akan Terus Berkhidmat Walau Kewangan Terhad”

“Saya Akan Terus Berkhidmat Walau Kewangan Terhad”

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 15 November 2014 | 09:14


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun kini bergerak tanpa parti.

Beliau berkata, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor perlu diteruskan walaupun telah disingkirkan daripada PKR dan mempunyai kewangan yang terhad.

“Biarpun saya bergerak selaku Ahli Parlimen dan ADUN Bebas dengan peruntukan terhad itu adalah amanah. Saya berjanji akan terus berkhidmat dan melunaskan amanah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali akan mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan bahawa Abdul Khalid memberi pampasan RM2.5 juta kepada tujuh pembantunya sebelum beliau berundur.

Semalam, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dalam coretan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya benar kerajaan negeri mengarahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mendapatkan semula wang itu daripada pembantu Abdul Khalid.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu kerana enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Meskipun PAS mempertahankan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, tetapi beliau terpaksa akur dengan desakan kuat PKR serta DAP dan mengumumkan perletakan jawatan pada 26 Ogos 2014.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagaimanapun tidak berkenan melantik Wan Azizah sebaliknya melantik melantik Mohamed Azmin yang juga Naib Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor. - MYNEWSHUB.CC
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger