Didakwa perkosa kekasih baru dikenali
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 15 January 2015 | 18:14
BUTTERWORTH - Seorang remaja berusia 18 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Butterworth petang semalam, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kekasihnya berumur 15 tahun.
Perintah dikeluarkan Majistret Hazwin Azleena Othman Kamal terhadap remaja itu semalam, sejurus remaja berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Aman, Pokok Sena, awal pagi, semalam.
Remaja berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lewat petang kelmarin, mangsa yang tinggal sekampung dengan suspek membuat laporan polis bahawa dia dirogol suspek terbabit ketika di bawa bersiar-siar di Butterworth.
Difahamkan, mereka baru menjalin hubungan awal tahun ini dan mangsa masih bersekolah di Tasek Gelugor dalam tingkatan tiga.
Perlakuan remaja terbabit dikesan ibu mangsa yang hairan selepas mendapati, anak perempuannya menangis sebaik pulang ke rumah dari bersiar dengan teman lelakinya, petang kelmarin.
Selepas disoal berulang kali, mangsa mengaku dirogol teman lelakinya itu.
Mangsa kemudiannya, dibawa ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
Share this article :
Labels:
Jenayah