Home » » Kerajaan Pulau Pinang bukan lagi di bawah PR

Kerajaan Pulau Pinang bukan lagi di bawah PR

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 2 July 2015 | 11:23


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi di bawah Pakatan Rakyat (PR), demikian menurut Ketua Menterinya Lim Guan Eng hari ini.
Perkara itu diumumkan setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan selepas keputusan dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.
Beliau juga berkata mesyuarat exco juga memutuskan menentang usul muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi susulan itu.
Malah menurut kenyataan itu lagi perkara itu disokong kesemua 30 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man.
“Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan seperti biasa.
“Pihak pembangkang Umno menguasai baki 10 kerusi DUN,” katanya.
Dalam muktamar lalu, PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa PR berpecah.
Susulan itu beberapa ahli majlis tempatan daripada PAS telah dipecat dan bekas pemimpin kanan parti itu termasuk Mohamad Sabu turut meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.
Majlis Syura PAS masih belum bermesyuarat bagi memutuskan bagaimana mengendalikan usul yang diluluskan dalam muktamar itu.




PRMOSI ASTRO GEMPAK RAYA 2015 KEMBALI LAGI
meriahkan susana aidilfitri anda pada tahun ini dengan rancangan rancangan menarik dari astro khas untuk anda sekeluarga, dengan bulanan serendah RM22.36 Sen termasuk GST keluarga anda akan terhibur dengan pelbagai program menarik dari astro di bawakan khas untuk anda sepanjang ramadhan dan aidilfitri ini..
*Pendaftaran Percuma
*Upah Pasang Hanya RM 30.00
*Bulanan Hanya Serendah RM 22.36 Sen Sahaja Selama Satu Tahun
Promosi Terhad Pada 60 unit Sahaja

Berminat WhatsApp/Call/wechat/Telegram Ke No 01129206584

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger