Mangsa lemas akibat mulut, hidung diterkup
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 20 December 2016 | 22:41
KOTA BHARU – Ibu tunggal warga emas yang maut selepas disamun di rumahnya di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, semalam, disahkan mati akibat sesak nafas kerana diterkup pada mulut dan hidung.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pengesahan dibuat berdasarkan bedah siasat yang dijalankan sepasukan Forensik dari Kuala Lumpur di Hospital Kuala Krai selama tiga jam, malam tadi.
“Proses bedah siasat yang bermula jam 11 malam itu mendapati mangsa mati lemas kerana berlaku tekanan (terkup) pada mulut dan hidung hingga tulang hidung mangsa kemik.
[BERITA BERKAITAN: Temui mayat ibu diikat kain di dapur]
“Sehubungan itu, polis menjejaki suspek yang melakukan pembunuhan itu dan percaya tindakan itu dilakukan lebih dari seorang,” katanya.
Share this article :
Labels:
Edisi Timur,
Jenayah