Home » , » Tipu umrah: Polis terima 40 laporan

Tipu umrah: Polis terima 40 laporan

Written By Berita Setiap Hari on Monday 2 January 2017 | 01:07

KAMPUNG RAJA - Polis Besut menerima 40 laporan berhubung kes penipuan pakej umrah dipercayai oleh Yayasan Bakti Negara (YBNT) Terengganu membabitkan 4,000 mangsa dengan nilai RM14.2 juta bermula 21 November sehingga semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya mendapati ramai mangsa tampil membuat laporan polis selepas berita dua suspek terlibat dengan kes tersebut ditahan polis minggu lepas tersebar. Menurutnya, bilangan mangsa yang membuat laporan dijangka akan meningkat berdasarkan senario semasa sebanyak lima laporan dibuat mangsa semalam. “Majoriti mangsa yang membuat laporan polis terdiri daripada guru yang mendakwa mereka tertipu oleh YBNT berpejabat di bandar Jertih apabila membuat sejumlah pembayaran kepada YBNT untuk pakej umrah yang menawarkan harga rendah,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger