Home » » PM lancar Proton Perdana wajah baharu, kenderaan rasmi kerajaan

PM lancar Proton Perdana wajah baharu, kenderaan rasmi kerajaan

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 11 December 2013 | 00:25



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri Kabinet.
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - Bernama, 11 Disember, 2013.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger