Home » » Sumbang mahram – Anggota polis ditambah hukuman

Sumbang mahram – Anggota polis ditambah hukuman

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 18 December 2013 | 17:09


Georgetown – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengenakan hukuman penjara lebih berat ke atas seorang anggota polis yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram ke atas anak tirinya dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap
Sarjan Idrus Ayob, 56, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara 12 tahun yang sebelum ini diputuskan Mahkamah Sesyen terhadap tertuduh pada Mei lalu. Keputusan itu sekali gus menyaksikan tambahan hukuman penjara enam tahun dikenakan ke atas tertuduh.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula saripada tarikh keputusan yang diputuskan Mahkamah Sesyen terhadap tertuduh iaitu pada 3 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Air Itam Dhoby Ghat, di sini, antara jam 2 petang hingga 5.30 petang, 18 November 2011.
Tertuduh melakukan kesalaham mengikut Seksyen 376(B)(1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger