1,200 orang dijamu bubur lambuk isi ketam
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 1 July 2014 | 02:31
BESUT - Bubur lambuk isi ketam dihidangkan kepada kira-kira 1,200 tetamu termasuk 400 orang kurang upaya, warga emas, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta ibu tunggal pada Majlis Jalinan Kasih Berbuka Puasa Parlimen Besut di Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jerteh petang semalam.
Bubur itu dimasak secara bergotong-royong oleh 300 peserta yang mengambil kursus masakan anjuran Empower Ecer Pantai Timur.
Pengurus Pejabat ECERDC Terengganu, Ahmad Hasim berkata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria turut mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai serta menyampaikan duit raya.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. - Bernama
Share this article :
Labels:
Semasa