Saturday, 3 January 2015

Anggota MPV mati tertembak di kepala


ALOR SETAR – Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis ditemui mati dipercayai akibat tertembak dirinya sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Menurut mesej yang dihantar melalui sistem WhatsApp, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata anggota tersebut yang berpangkat Koperal dipercayai tertembak dengan pistol Auto P9S ketika berada dalam bilik air. Katanya saksi turut mendengar bunyi satu das tembakan, lapor Bernama.