Home » » Buruh maut kereta dipandu langgar lori di Besut

Buruh maut kereta dipandu langgar lori di Besut

Written By Berita Setiap Hari on Monday 20 April 2015 | 17:43


BESUT - Seorang buruh maut di tempat kejadian apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Kilometer 6 dekat Kampung Alor Lintang di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari hari tadi.
   
Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Khaled Che Lah yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Lutfi Abdul Aziz, 29, berasal dari Rumah Awam Kos Rendah Kampung Raja dekat sini.
   
Katanya mangsa mengalami cedera teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala itu pemandu dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
   
Sepasukan bomba dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam keretanya yang kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger