Home » » Tun M tidak akan kerjasama dengan parti politik untuk jatuhkan Najib

Tun M tidak akan kerjasama dengan parti politik untuk jatuhkan Najib

Written By Gaha Belako on Saturday, 18 April 2015 | 20:54


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pada masa kini beliau amat bimbang dengan hala tuju UMNO terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

"Saya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk menjatuhkan Najib. Saya risaukan (nasib) UMNO," jelas Mahathir.

Memetik laporan portal berita, Malaysiakini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan sedia bekerjasama dengan Mahathir untuk 'menyelamatkan' Malaysia.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-tidak-akan-kerjasama-dengan-parti-politik-untuk-jatuhkan-najib-58166?cp
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger