Home » » Terengganu ikut jejak langkah Johor serap GST

Terengganu ikut jejak langkah Johor serap GST

Written By Berita Setiap Hari on Monday 11 May 2015 | 01:56


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini berkuat kuasa serta merta.
   
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, penyerapan GST itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.

"Ini adalah langkah untuk memastikan amaun GST oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.

"Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap GST bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
   
Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.
   
Ahmad Razif berkata, walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan GST seperti di Kemaman yang menyerap GST bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.
   
Mereka yang sudah membayar GST itu akan dibayar balik oleh Bahagian Kewangan setiap PBT berkenaan.
   
Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap GST selepas Johor yang menyerap GST bagi semua PBT di negeri itu. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger