Home » » Ternak toman bunga beri kepuasan

Ternak toman bunga beri kepuasan

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 7 October 2015 | 10:25


BESUT - Jika orang ramai lebih gemar menternak ikan air tawar, tetapi tidak bagi Mohd Yusof Bidi, 51, yang menjadikan penternakan ikan toman sebagai salah satu sumber pendapatan sampingannya.

Mohd Yusof berkata, menternak ikan toman (chana melanostoma) dari spesies toman bunga menjadi satu kepuasan buatnya.

Menurutnya, dia mula menternak ikan tersebut di dalam sangkar kanvas bekas ternakan ikan keli di tepi rumahnya sejak dua tahun lalu.

“Saya peroleh benih anak toman dari rakan selain tangkap sendiri anak ikan toman liar yang hidup di kawasan anak Sungai Besut sekitar Kampung Padang Buluh.

“Lebih 200 ekor benih ikan itu yang bersaiz sebesar ibu jari tangan orang dewasa dilepas di dalam sangkar tersebut kemudian diberi makan anak ikan kecil,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kayu Kelat.

Mohd Yusof yang lebih dikenali dengan panggilan Arif berkata, ikan tersebut semakin membesar namun pada peringkat awal puluhan ekor telah mati kerana tercekik ikan puyu yang dimakannya.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu memberi ilmu dan pengalaman kepadanya supaya tidak memberi ikan toman yang masih kecil serta sederhana besar memakan ikan puyu.

“Lama-kelamaan ikan ternakan saya makin besar dan lincah di dalam air, giginya tajam dan pergerakannya agak ganas.

“Saya perlu berhati-hati ketika beri ikan tu makan dan tak sesekali memasukkan tangan atau jari ke dalam air. Bayangkan... anak ikan haruan terputus dua dengan sekali digigit ikan toman,” katanya.

Tambah Arif, selain menjadikannya sebagai hobi, ikan toman ternakannya turut dijual sebagai ikan hiasan di dalam akuarium kerana coraknya yang menarik selain aksinya yang lincah.

Katanya, lebih 100 ekor ikan toman ternakannya itu mencapai saiz sebesar lengan orang dewasa telah dibeli pelanggan untuk tujuan hiasan dengan harga RM50 seekor.

“Saya bercadang bina kolam konkrit berhampiran rumah saya untuk ternak lebih banyak ikan toman.

“Tiada masalah untuk saya dapatkan umpan bagi beri makan sekali atau dua kali sehari ikan ni sebab rumah saya dekat dengan tali air dan sawah padi,” katanya.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger