Home » » Tiada siapa berhak desak PAS keluar Kerajaan Selangor

Tiada siapa berhak desak PAS keluar Kerajaan Selangor

Written By Berita Setiap Hari on Friday 2 October 2015 | 01:05


KUALA LUMPUR: Desakan bawahan yang meminta PAS supaya berundur dari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kerana enggan menyertai Pakatan Harapan tidak sepatutnya timbul.

Hal ini kerana, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, kerajaan negeri itu ditubuhkan hasil kemenangan Pakatan Rakyat dalam dua siri pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Pakatan Harapan tidak ada pada PRU13 ketika Selangor dirampas dari BN.

"Selangor dirampas oleh PKR, PAS dan DAP bukan Pakatan Harapan," ujarnya melalui aplikasi WhatsApp kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru, beliau yang juga Exco Kerajaan negeri menegaskan, tiada pihak wajar membangkitkan lagi soal kedudukan Exco PAS dalam kerajaan negeri malah kewujudan Pakatan Harapan juga tiada kena mengena dalam bidang eksekutif itu.

"Pakatan Harapan adalah perancangan untuk memenangi PRU14, tiada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.
SUMBER > http://www.parti-pas.org/kenyataan-pesuruhjaya-pas-selangor/6433-tiada-siapa-berhak-desak-pas-keluar-kerajaan-selangor
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger