Home » , » 7,412 mangsa banjir dipindahkan, Mersing paling teruk

7,412 mangsa banjir dipindahkan, Mersing paling teruk

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 22:50


Banjir: 7,412 dipindahkan di Johor, Mersing paling teruk

JOHOR BAHRU 4 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara meningkat dari 6,977 malam tadi kepada 7,412 sehingga 12 tengah hari tadi di seluruh negeri ini.

Mersing mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,693 (1,588 keluarga) diikuti Segamat seramai 1,081 mangsa (278 keluarga), 217 mangsa di Muar (52 keluarga) 216 mangsa di Kluang (55 keluarga), 192 mangsa di Kota Tinggi (40 keluarga) dan 13 mangsa di Batu Pahat (tiga keluarga).

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian direkodkan dan proses pemindahan berjalan tanpa sebarang masalah.

Sebanyak 49 pusat pemindahan masih dibuka di seluruh negeri bagi memberi perlindungan kepada kesemua 2,016 keluarga yang terlibat termasuk tiga di Kota Tinggi, lima di Kluang, 21 pusat pemindahan di Mersing, 18 di Segamat, satu di Batu Pahat dan Satu di Muar. - UTUSAN ONLINE

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger