Home » , » Jangan Percaya Khabar Angin - Takungan air Empangan Kenyir masih di paras normal

Jangan Percaya Khabar Angin - Takungan air Empangan Kenyir masih di paras normal

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 3 December 2013 | 22:46


KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Khabar angin kononnya Empangan Kenyir tidak lagi mampu menampung takungan dan akan melepaskan air secara berperingkat bagi mengelakkan empangan pecah adalah tidak benar.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu menjelaskan, berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak Tenaga Nasional Berhad, sehingga pukul 11 pagi ini bahawa bacaan paras air terkini adalah pada 138 meter.

Paras itu yang meningkat sedikit berbanding 137.10 meter malam tadi masih pada paras normal. Tahap maksimum Empangan Kenyir adalah pada paras 145.0 meter. - UTUSAN ONLINE

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger