Home » , » Amaran hujan lebat di Pantai Timur Kelantan, Pahang dan Terengganu

Amaran hujan lebat di Pantai Timur Kelantan, Pahang dan Terengganu

Written By Gaha Belako on Wednesday, 4 December 2013 | 02:24


gambar setellit awan hujan 
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, hujan yang kadang kala sederhana akan berlaku di Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang serta Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran hujan lebat peringkat kuning juga dikeluarkan di Jerantut, Pahang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan; Sik, Baling dan Padang Terap di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Hujan itu dijangka berterusan hingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Menurut jabatan itu, amaran peringkat Kuning adalah tidak kritikal yang melibatkan hujan yang kadang-kadang sederhana dan lebat.

Peringkat Jingga juga tidak kritikal dengan hujan sederhana dan lebat yang berterusan.

Peringkat Merah pula bermaksud amaran peringkat tertinggi dengan hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger