Home » , » Bekalan elektrik dihentikan, 1,072 pencawang elektrik di Pahang ditenggelam air

Bekalan elektrik dihentikan, 1,072 pencawang elektrik di Pahang ditenggelam air

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 4 December 2013 | 02:17


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini.

Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.

Di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.

Kenyataan itu menyebut tiga daerah yang terjejas akibat banjir ialah Segamat, Labis dan Mersing.

TNB turut membuka bilik gerakan dan komunikasi di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk memantau keadaan banjir dan menyalurkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan elektrik kepada pengguna.

Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) dan TNB menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan elektrik terutamanya pada musim hujan ini.

Pengguna boleh menghubungi talian khidmat TNB (TNB Careline) di talian 15454 atau melalui talian bilik gerakan TNB 09-515 5663/5678 (Pahang), 09-6241009/09-6267348 (Terengganu) dan 07-2192130 (Johor) untuk maklumat lanjut. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger