Home » » Balasan cuba langgar polis

Balasan cuba langgar polis

Written By Berita Setiap Hari on Monday 2 December 2013 | 22:54


Subang Jaya: Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua polis bermotosikal nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli ‘Geng Topeng’ di Jalan SS14/5D, di sini, semalam.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan mencegah jenayah terserempak sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari kehadiran polis, suspek memecut laju dan dikejar hingga ke persimpangan Jalan SS14/8F kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba menghimpit motosikal anggota URB menyebabkan kereta dinaiki mereka hilang kawalan.

“Akibat tindakan itu, kereta suspek terbabas dan melanggar tembok dinding longkang berhampiran rumah penduduk di kawasan itu sebelum mereka termasuk seorang yang bersenjatakan parang melarikan diri.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada mereka sebelum menahan seorang lagi kira-kira setengah jam kemudian.

“Ketika ditahan, suspek pertama bertindak agresif kerana mahu mencederakan anggota polis untuk melepaskan diri, namun gagal,” katanya.

Yahaya berkata, soal siasat dilakukan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun dan beralamat terakhir di Rumah Papan Salok Merah di Jalan Meru, Klang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu juga polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.

Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November lalu.

Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Menurutnya, polis juga sedang giat memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatanMenurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu juga polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.

Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November lalu.

Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Menurutnya, polis juga sedang giat memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-hMetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger