Home » » Tabung Prihatin Puteri UMNO Fokus Rakyat Berdepan Musibah

Tabung Prihatin Puteri UMNO Fokus Rakyat Berdepan Musibah

Written By Berita Setiap Hari on Monday 2 December 2013 | 22:58


KUALA LUMPUR 3 Dis - Pergerakan Puteri UMNO hari ini melancarkan Tabung Prihatin Puteri untuk membantu sebarang musibah yang berlaku kepada rakyat Malaysia dan pihak yang memerlukan.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebarang musibah yang berlaku kepada rakyat Malaysia, Tabung Prihatin Puteri akan memberikan peruntukan berdasarkan jumlah yang diterima.

"Pergerakan kali ini sebulat suara melancarkan Tabung Prihatin Puteri kepada dua sasaran iaitu mangsa taufan Haiyan, Filipina dan juga mangsa banjir di Malaysia.

"Kami akan serahkan sebanyak RM50 ribu kepada mangsa Haiyan manakala lagi RM50 ribu kepada mangsa banjir," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Pergerakan Puteri UMNO akan membahaskan satu usul sahaja iaitu seramai 16 orang speaker termasuk seorang wakil daripada Institut Pengajian Tempatan (IPT).

Selain itu, terdapat dua kelainan yang bakal dibawa, Puteri akan mengundang seorang pelajar IPT sebagai pemerhati pada Perhimpunan Agung UMNO dan majlis penyampaian kepada para mantan Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia.
--Rakyatnews
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger