Home » , » QZ8501: Laporan kebakaran di zon carian, pasukan SAR dikerah siasat

QZ8501: Laporan kebakaran di zon carian, pasukan SAR dikerah siasat

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 30 December 2014 | 00:10


JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) penerbangan AirAsia QZ8501 hari ini menerima laporan kebakaran di sebuah pulau di dalam zon carian di mana pesawat itu didapati hilang tiga hari lepas, lapor The Malaysian Insider.

Menurut portal itu, saluran berita CNN dan CBS melaporkan dua pesawat telah dikerah ke lokasi kejadian untuk menyiasat sama ada api itu ada kaitan dengan pesawat Airbus A320-200 yang hilang bersama 162 orang di dalamnya.

BBC melaporkan pegawai Indonesia telah menghantar pasukan untuk menyiasat laporan berhubung asap yang dikesan di pulau itu.

Ketua mencari dan menyelamat Indonesia di wilayah Bangka-Belitung memberitahu BBC bahawa mereka telah menggerakkan pasukan untuk menyiasat laporan "kepulan asap" di Pulau Panjang, di selatan Pulau Belitung, di dalam zon carian.

Andriandi berkata asap itu dikesan pada Isnin oleh kru televisyen China, kira-kira 47km dari Manggar di Timur Belitung.

"Ada kemungkinan ia daripada pesawat AirAsia yang hilang itu, tetapi kita masih melakukan pengesahan lanjut."

Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa asap itu mungkin tiada kaitan dengan pesawat yang dicari.

Laporan penemuan minyak di perairan Pulau Belitung semalam didapati hanya batu karang di bawah permukaan laut.

Pegawai di Indonesia juga akan menyoal siasat dua nelayan yang melaporkan ada mendengar letupan kuat pada Ahad.

Namun begitu, ketua agensi carian dan menyelamat Indonesia, Bambang Soelistyo berkata pihak berkuasa masih belum mengesan sebarang isyarat daripada pesawat malang itu.

Penerbangan AirAsia Indonesia dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta ketika terbang dalam keadaan cuaca buruk pada Ahad.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/qz8501-laporan-kebakaran-di-zon-carian-pasukan-sar-dikerah-siasat-51200?cp
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger