BERITA TERKINI

ADUN Derga pula digantung dari Bersatu

Written By Bp Channel on Tuesday, 12 May 2026 | 18:27

 


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Mohamad Amri Wahab menjadi ADUN terbaharu dikenakan tindakan disiplin apabila digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Mohamad Amri yang juga Ketua Bahagian Pokok Sena dikenakan tindakan di bawah Fasal 22.5 kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.


Menerusi notis keputusan Lembaga Disiplin Bersatu, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan menyebabkan beliau dilucutkan daripada semua jawatan yang disandang dalam parti sepanjang tempoh berkenaan.


Notis berkenaan memaklumkan Mohamad Amri tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.


Bagaimanapun, ADUN Derga terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan lanjut.


Setakat ini, beberapa pemimpin telah dipecat iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad; Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi


Pemimpin dikenakan tindakan pergantungan termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah.


Antara lain, Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man; Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar

 
Support : Creating Website | Berita Setiap Hari | Berita Setiap Hari
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Berita Setiap Hari
Proudly powered by Blogger