Home » , » QZ8501: Serpihan disahkan 'daripada pesawat AirAsia'

QZ8501: Serpihan disahkan 'daripada pesawat AirAsia'

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 30 December 2014 | 00:03


JAKARTA: Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.

“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Basarnas, F. Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media terkini.

"Penemuan semua objek tersebut boleh kami simpulkan sebagai 95 peratus dari pesawat yang kita sedang cari. Sekarang ini semua komponen SAR sudah kami beri arahan untuk bergerak ke titik lokasi tersebut," ujarnya.

F. Henry juga memberitahu bahawa langkah evakuasi sedang dikejarkan ke Pangkalan Bun sementara puluhan pasukan penyelam juga telah dikerahkan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/qz8501-serpihan-disahkan-daripada-pesawat-airasia-51214?cp
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger