QZ8501: Malaysia hantar tiga kapal, satu pesawat dalam operasi SAR
Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 28 December 2014 | 01:44
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghantar tiga buah kapal dan sebuah pesawat bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan telah hilang dari radar dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sebuah sidang media di ibu negara petang tadi.
“Sebuah pusat koordinasi menyelamat juga akan memulakan operasinya di pusat kawalan lalu lintas udara di Subang,” kata beliau yang turut menafikan dakwaan bahawa pesawat berkenaan telah ditemui.
Tambah Tiong Lai, Indonesia akan mengetuai operasi SAR bagi QZ8501 manakala Malaysia dan Singapura akan turut membantu.
“Ingatan dan doa Malaysia adalah bersama kesemua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan dan juga ahli keluarga mereka. Malaysia komited untuk memberi bantuan yang sewajarnya dalam pencarian ini,” ujar beliau.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/qz8501-malaysia-hantar-tiga-kapal-satu-pesawat-dalam-operasi-sar-51096?cp
Share this article :
Labels:
Kemalangan,
QZ8501