Home » » Erma Fatima Guna Syiling 5 Sen Bayar Wang Tuntutan Rabecca RM11,200

Erma Fatima Guna Syiling 5 Sen Bayar Wang Tuntutan Rabecca RM11,200

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 5 December 2013 | 01:19


4 Dis – Aktres Rabecca Nur Islam melahirkan rasa terkejut dengan tindakan pengarah dan penerbit Erma Fatima yang membayar wang tuntutan samannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.
Dipetik daripada laporan mStar, Rabecca memberitahu tindakan pengarah itu dilihat seperti tidak berpuas hati selepas pihak peguam Erma bersama beberapa orang pembantu menyerahkan wang berkenaan dalam beberapa bungkusan berserta Al-Quran di pejabat peguamnya, Nordin Othman.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," ujarnya.
Jelas aktres berusia 33 tahun itu, tindakan Erma itu mungkin ingin menimbulkan kemarahannya, tetapi ia tidak akan mengganggunya, malah Rabecca akan memulangkan wang tersebut dan meminta agar Erma membayar dengan cara yang lebih berhemah.
Pada 8 November lalu, Rabecca yang memfailkan saman pada 23 Julai 2013 telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan agar pengarah dan penerbit itu membayar baki jumlah wang lakonan aktres dalam drama "Dejavu Di Kinabalu" sebanyak RM11,200 selain kos guamannya.
Sementara itu, Rabecca turut memberitahu dia terkejut selepas mendapat tahu Erma yang baru sahaja memenangi anugerah Pengarah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013 baru-baru ini cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan kisah perbalahan mereka berdua.
--Tupai
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger