Home » » Produksi "Fast & Furious 7" ditangguh

Produksi "Fast & Furious 7" ditangguh

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 5 December 2013 | 01:04


5 Dis – Status produksi filem "Fast & Furious 7" akhirnya diketahui selepas Universal Pictures meriliskan kenyataan rasmi bahawa ia akan ditangguhkan buat sementara waktu berikutan kematian aktor Paul Walker pada Sabtu lalu.
Dipetik daripada laporan L.A Times, dalam kenyataan yang diriliskan pada Rabu mengesahkan penggambaran yang dijadualkan di Atlanta akan dihentikan untuk tempoh yang masih tidak diketahui.
"Buat masa sekarang, kami di Universal berdedikasi memberi sokongan kepada keluarga Paul dan juga semua yang terlibat dalam "Fast & Furious" iaitu barisan pelakon, kru dan pembikin filem.
"Kami juga rasa bertanggungjawab untuk menghentikan produksi "Fast & Furious 7" dalam satu tempoh tertentu agar kami boleh membuat pilihan sedia ada untuk meneruskan siri filem ini.
"Kami komited dalam memastikan peminat "Fast & Furious" dimaklumkan tentang perkembangan terbaru filem ini. Namun buat masa sekarang, kami tahu mereka semua meratapi kehilangan teman baik kami, Paul Walker," dipetik daripada kenyataan rasmi tersebut.
Filem ketujuh daripada siri filem popular ini sepatutnya meneruskan penggambaran pada Isnin lalu bersama Walker selepas cuti Hari Kesyukuran, tetapi ia ditunda kerana pengarah James Wan dan eksekutif studio ingin mengadakan perbincangan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil selepas kematian aktor tersebut.
Walker telah maut akibat nahas jalan raya yang berlaku di Santa Clarita, Los Angeles sekitar jam 3.30 petang pada Sabtu lalu.
Aktor berusia 40 tahun itu merupakan penumpang kereta Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan kongsi dan penasihat kewangannya, Roger Rodas yang turut maut dalam kejadian tersebut. Walker dan Rodas dilaporkan keluar memandu selepas menghadiri majlis amal organisasi aktor itu, Reach Out Worldwide.
Laporan autopsi menunjukkan Walker meninggal dunia akibat impak kecederaan yang berlaku ketika kemalangan dan juga kebakaran kereta itu.
--Tupai
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger