Home » » Ibu bapa membuat laporan polis syaki anak dirogol

Ibu bapa membuat laporan polis syaki anak dirogol

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 11 December 2013 | 00:00


SIBU: Tindakan seorang gadis yang menghilang diri selama sehari dipercayai mengikut teman lelakinya bermalam di sebuah hotel di sini menyebabkan kedua-dua ibu bapanya bertindak membuat laporan polis.
Menurut laporan, gadis berumur 21 tahun berasal dari Sarikei itu mengikuti seorang lelaki dewasa ke Sibu selama sehari.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Ibu bapa gadis terbabit mengesyaki sesuatu yang mencurigakan setelah anak gadis mereka pulang ke rumah pada keesokan harinya lalu bertindak menyoalnya.
Geram dan marah setelah mengetahui kisah sebenar anak gadis mereka dibawa oleh seorang lelaki bermalam di sebuah hotel di sini, keduadua ibu bapa bertindak membuat laporan polis di Sarikei selepas mengesyaki anak mereka dirogol.
Oleh kerana kejadian rogol tersebut dipercayai berlaku di Sibu, kedua-dua ibu bapa dinasihati untuk merujuk kes tersebut di Balai Polis Sentral kemudiannya.
Gadis tersebut juga dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Kes tersebut kini sedang dalam siasatan polis sementara menunggu keputusan perubatan pihak hospital.
Dalam kes berlainan, seorang gadis berumur dalam lingkungan 20-an ‘kantoi’ setelah ditemui ayahnya keluar dari sebuah hotel di sini.
Menurut maklumat, gadis tersebut menghilangkan diri dari rumah selama empat hari, memaksa ayahnya mencarinya di bandar ini.
Puas cuba menghubungi anaknya melalui telefon bimbitnya tetapi tidak dijawap.
Apabila melihat anak perempuannya keluar dari sebuah hotel bersama seorang lelaki, ayah gadis tersebut bertindak menarik anaknya ke balai polis di sini.
Menurut laporan, ayah gadis tersebut mendakwa lelaki berkenaan telah merogol anaknya.
Sehingga laporan ini ditulis tiada tangkapan dilakukan oleh polis.
Kes tersebut kini dalam siasatan polis.
--TheBorneoPost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger